SELAMAT DATANG

selamat datang ke blog nukilan khas dari BUDAK RECON atau nama sebenarnya Mohd Shukri Musa (ery) dan karya-karya yang dapat berkongsi bersama..

tentang ERY SHUKRI BUDAK RECON

Friday, July 16, 2010


PEREMPUAN

Perempuan, kamu
berharga dalam jiwa ini.
Tahukah
kamu bahawa kamu itu
sangat mahal?
Ketahuilah bahawa,
makhluk yang paling
saya sayangi di atas
dunia ini adalah
perempuan.
Percaya? Saya bukan nak
main gula-gula di sini.
Tetapi saya serius
menyatakannya.
Ketahuilah bahawa,
makhluk yang paling
saya sayangi di atas
dunai ini adalah
perempuan.
Mengapa?
Jika yang lelaki bertanya,
saya mungkin
memahami. Tetapi
perempuan, jika kamu
yang bertanya, maka
saya kehairanan.
Apakah kamu tidak tahu
megapa saya sayangi
kamu? Adakah kamu
tidak menyedari betapa
istimewanya kamu?
Aku dari rahim seorang
perempuan
Kalau difikirkan semula,
tiada lelaki yang
dilahirkan selain dari
rahim ibu melainkan
Nabi Adam AS.
Perhatikanlah Sultan,
pemerintah, perdana
menteri, laksmana,
tentera, pegawai,
jurutera, doktor, doktor
falsafah, genius,
semuanya dilahirkan dari
perut seorang
perempuan.
Saya, dari rahim seorang
perempuan juga.
Tiada manusia dilahirkan
hebat. Mereka semua
dilahirkan sebagai
manusia biasa. Tetapi
biasanya manusia-
manusia hebat ini
mempunyai ibu yang
hebat di sisi mereka.
Yang mendidik dan
memberikan suasana
kepada mereka
semenjak kecil.
Mengapa pula saya tidak
menyayangi perempuan?
Mengapa pula saya tidak
mengambil berat
terhadap mereka? Dari
rahim mereka lahirnya
pewaris masa hadapan!
Sekiranya saya
membiarkan perempuan
rosak, dirosakkan,
merosakkan diri mereka,
maka sama sahaja
dengan saya membiarkan
masa hadapan dunia
hancur, gelap, kelam dan
hitam.
Jangan lupa, dari rahim
perempuan juga lahirnya
penderhaka, penjenayah,
perogol, pencuri, yang
ingkar kepada Allah,
pembohong, dan banyak
lagi manusia-manusia
yang mencorakkan dunia
dengan kehitaman.
Hatta Ariel Sharon juga
lahir dari perut seorang
perempuan.
Sekiranya perempuan
yang menggendong masa
hadapan dunia selama 9
bulan 9 hari ini rosak, di
mana masa hadapan
dunia?
Mustahil saya tidak
menyayangi perempuan.
Maka tiadalah harapan
yang saya inginkan,
melainkan perempuan
juga menyayangi diri
mereka dan menjaga
peribadi mereka
daripada perkara yang
Allah larang dan murka.
Perempuan sayap kiriku
Saya hendak berkahwin
dengan siapa? Mustahil
dengan lelaki. Baik
macam mana pun saya
dengan Hafiz Zainol
Abidin, Tengku Fahmi,
mustahil saya akan
berkahwin dengan
mereka.
Saya akan berkahwin
dengan seorang
perempuan.
Mustahil saya tidak
menyayangi kaum ini.
Yang menjadi isteri-isteri
dan pendamping kepada
lelaki. Yang menjadi
pengawal kepada segala
rahsia seorang lelaki.
Yang menjadi guru
kepada anak-anak
seorang lelaki. Yang
menjadi penenang dan
penyejuk mata serta
pendamai jiwa seorang
lelaki.
Kestabilan seorang
perempuan, menjamin
kestabilan seorang
lelaki.
“Apabila enta bangun
tidur dan melihat isteri
enta di sebelah, enta
akan merasakan
keajaiban penciptaan
Allah SWT ” ~ Pakcik
Rosdi. Dan dia berkata
dalam keadaan
tersenyum. Hidupnya
bahagia dengan
ketenangan isterinya:
Cikgu Maimunah binti
Hashim.
Maka mustahil saya
hendak membiarkan
perempuan rosak,
dirosakkan atau
merosakkan diri mereka
sendiri. Kerana mereka
adalah penjaga-penjaga
lelaki di satu sisi. Suami-
suami memerlukan isteri-
isteri yang solehah, yang
baik, yang taat kepada
Allah dalam rangka
hendak membangunkan
ummah. Tidak dinafikan
isteri-isteri juga
memerlukan suami-suami
yang baik. Tetapi bukan
sedikit lelaki yang
berubah kerana cinta
seorang perempuan.
Maka mengapa
perempuan tidak
mempersiapkan diri
mereka lebih sedikit
untuk mengubah seorang
lelaki dengan cinta?
MasyaAllah.
Saya amat menyayangi
perempuan. Maka
tiadalah harapan saya
melainkan perempuan
menyayangi diri mereka
sendiri. Menjaga diri dari
kerosakan. Menjaga diri
dari kemungkaran.
Mempersiapkan diri
menjadi hamba Allah
yang taat. Buat apa yang
disuruh, meninggalkan
apa yang dilarang.
Maka amat menyedihkan
saya jika…
Bila sayang, akan datang
ambil berat. Semestinya
demikian. Saya amat
hairan kalau seseorang
itu menyatakan sayang
kepada si fulan: “Aku
sayang sangat dengan
kau ” kemudian dia
melemparkan si fulan itu
ke dalam api. Mustahil
itu adalah sayang.
Maka kerana sayang itu
jugalah saya akan
terluka apabila melihat
perempuan-perempuan
berkeliaran tanpa
menutup aurat. Kerana
sayang itu jugalah saya
akan tercedera apabila
melihat ada perempuan-
perempuan tidak
menjaga maruah mereka
dan berpeleseran dengan
lelaki tanpa segan silu.
Kerana sayang itu
jugalah saya akan terasa
apabila melihat
perempuan-perempuan
menayangkan akhlak
buruk mereka. Kerana
sayang itu jugalah saya
akan tercucuk dengan
perempuan yang tiada
rasa malu pada diri
mereka.
Kalaulah perempuan
tahu bahawa mereka
memegang nasib dunia.
Mereka bakal ibu dan
isteri. Ibu kepada anak
dan isteri kepada suami.
Nyatakan kepada saya
bagaimana mereka ini
tidak memberikan kesan
kepada dunia?
Semestinya mereka ini
memberikan kesan. Dan
kesan yang diberikan
oleh kamu wahai
perempuan, bukannya
sedikit bahkan besar.
Sudah wujud di dalam
sejarah, kerajaan hebat
jatuh kerana seorang
perempuan. Sudah wujud
di dalam sejarah, abid
hebat jatuh kerana
seorang perempuan.
Sebab itu saya sangat
menyayangi perempuan
dan sering memikirkan
mereka.
Apakah perempuan-
perempuan memikirkan
diri mereka sendiri?
Penutup: Jika sayang ini
tidak berbalas, tidak
mengapa. Tetapi…
Jika sayang ini tidak
berbalas, tidak mengapa.
Bukan tujuan saya
menulis artikel ini untuk
disayangi perempuan.
Tetapi tujuan saya
menulis artikel ini untuk
perempuan menyayangi
diri mereka sendiri.
Maksud sayang pada
saya adalah = Hendak
masuk syurga
bersamanya.
Maka kalau tak nak
masuk syurga dengan
saya, at least kamu kena
lah rasa hendak masuk
syurga dengan diri kamu
wahai perempuan. Maka
jagalah diri, persiapkan
peribadi. Kamu
pemegang masa hadapan
dunia. Dan tiada yang
memberikan kesan lebih
besar terhadap dunia
selain kamu wahai
perempuan.
Kalaulah kamu tahu
betapa sejuknya mata ini
melihat perempuan-
perempuan yang
berakhlak. Kalaulah
kamu tahu betapa
senangnya jiwa ini
melihat perempuan-
perempuan yang pemalu.
Kalaulah kamu tahu
betapa seronoknya kalbu
ini melihat perempuan-
perempuan yang
menutup aurat. Kalaulah
kamu tahu betapa
tenangnya diri ini
melihat perempuan-
perempuan yang
menjaga batas
pergaulan.
Wahai perempuan,
tidakkah kamu
memandang diri kamu
berharga?
Maka jangan murahkan.
Siapkan dirimu untuk
menggoncang masa
hadapan dengan
keimanan dan ketaatan.
Bukan dengan
kehancuran dan
kerosakan.
Sungguh, saya merayu di
sini. Agar kamu
mencintai diri sendiri.

No comments:

Post a Comment